Posted on August 21, 2008 by chikinkatsudon
Assalamualaikum,
Hari ni hari yg paling cerah sejak aku sampi di Iceland. Sejak hari tu weather mmg completely cloudy. Kelabu asap je langit. Tp hari ni mmg langit biru sebiru2-nya dengan sekelumpok2 awan bertaburan di sana sini. Mmg kelihatan cantik lah sbb tanah Icelande ni luas. Seluas-luas mata memandang. X jemu memandang. Sape2 yg nature-lover mmg sepatutnya dtg ke sini utk menikmati pengalaman yg amat berharga. Ok, plan hari ni ialah ke geothermal seawater lagoon.
Nama popular tempat ni ialah Blue Lagoon. Lagoon ni terhasil dr campuran air mineral semulajadi dr dalam tanah dan sedikit air laut atlantik. Di dalam tanah pula, ianya dipanaskan oleh magma dan larva (volvanic liquid) yg mengalir di antara batu-batan. Ia dipanggil Blue Lagoon kerana kandungan silica yg tinggi serta dengan mineral2 yg lain. Biru die seakan2 green sket, lebih kurang milky blue-green lah. Mmg pure color punya. Bukan reflection dr langit sbb malam pun die maintain color biru die. Lagoon ni luas dan hanye sebahagian je yg dijaga utk kegunaan mandi manda manakala yg lain tu dibiarkan kelihatan semulajadi. Aku pun x lepaskan peluang bermandi manda bersama pengunjung lain. Semua mat saleh x kira tua muda kanak2 semuanya berbikini habis. Nasib baik boleh pakai tight kalau kena bogel, sekian terima kaseh ajelah. Mmg best lah mandi sini terasa segar giler badan. lepas tu sambil mandi manda tu ade disediakan silika gel utk disapukan ke muka. Ade Anti-aging effect woo…heheh
Lepas habis kami pun return ke Reykjavik Central utk berkumpul di National Science Hall utk melawat ke Geothermal Power Plant di Neshvellir. Ini adalah salah satu dr kawasan High temperature zone. Power plant ni adelah satu bentuk energy yg sustainable sbb die punye source renewable. Aku terangkan lah sket camne idea die. Mula2, air semulajadi dr dalam tanah ni dipanaskan oleh aliran larva dan magma sehingga suhu diatanra 150 hingga 200 degree Celcius. Pada ketika ini air sepatutnye dah jadi steam tp oleh kerana ia berada di bawah tanah , tekanan 30 bar (30 kali tekanan atmosfera) menyebabkan air panas tadi maintain bentuk liquid or dipanggil super hot liquid. Tp, mase ia digali keluar,ade sbghn menjadi liquid juga sbb variable pressure change yg berlaku semase on the way naik ke permukaan bumi. So ia adalah mix antara steam (wap) dan air. Bile digali, sebghn digunakan utk memusingkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik manakala sebahagian digunakan utk memanaskan air bg kegunaan penduduk Iceland. Si tu secara ringkas lah yg aku boleh terangkan.
Jenis power plant ini mmg zero emission of hazardous gases lah kecuali bau sulfur yg bau kentut aje di sekitar power plant ni. Oklah nak chaw ni sbb esok kena gi tgk Geysir iaitu Hot Spouting Water. Air panas yg memancut tinggi hingga beratus meter.
Bye.
Filed under: Uncategorized | 2 Comments »
Posted on August 20, 2008 by chikinkatsudon
Assalamualaikum. Iceland masih lagi mendung cuacanya sejak hari pertama aku dtg. Belum nampak2 lagi langit biru. Anyway, nasib baik turn aku jatuh pada hr pertama conference so agak lega lah lepas ni. Semalaman aku x tido check slides powerpoint. Aku langsung x siapkan oral speech punye text. Aku main tibai je nanti. Menggunakan kepakaran semulajadi aje. Heheh. Pukul 12:30 kami masak2 sikit then jalan kaki ke Askja Hall di University of Iceland. 
Venue die mmg best sbb design die mmg lawa lah. Bentuk mcm stadium tp just quarter aje. Dalam die semua canggih2. High tech center research utk Geothermal Energy. Oleh krn aku org terakhir yg buat presentation so soalan agak byk lah. Syukur ade seorang researcher dr NASA kut kalau x silap puji hasil kajian aku sehinggakan die minta satu Hardcopy aku nye paper. Rase bangga dan bertuah lah sket. Hehe. Lepas je habis aku ng Nadiah balik ke Hotel utk solat asar pastu kena dtg balik ke conference venue sbb ade Banquet or Dinner dengan peserta2 lain. So mulai esok aku free dan tiket ke Blue Lagoon pun dah ditempah. So nak balik tido dulu. Mase nak balik jam pun dah pukul 10:00 malam tp masih terang lagi. Huhu….biological clock aku mmg dah serabut giler dah…Gambar dibawah ni menunjukkan keadaan traffic di jalan raya bandar Reykjavik yg diambil pada pukul 9:55 malam.

Filed under: Uncategorized | No Comments »
Posted on August 17, 2008 by chikinkatsudon
Continued…
Hari ni hari pertama aku di Reykjavik, Iceland. Kire hari pertama lah sbb semalam sampai je lepas check in terus tido. Semalam punyer cerita kelakar. Tunggu punyer tunggu apesal mlm x sampi2 hari x gelap2 sedangkan jam sudah pun 9:30 p.m…Huhu, rupanya terlupa sini kan dah dekat ng North Atlantic so mase Summer, siang lebih panjang…Gitulah ceritanye. So, hari ni kami bangun pagi2 makan breakfast yg disediakan. Sebelum tu ade cerita pasal air paip di sini. Air die bau mcm busuk sket lah sbb air die org berasal dr sumber geothermal iaitu air panas dr bawah tanah. Tanah di Iceland ni kesemuanya adelah dari bekuan larva gunung berapi yg terhasil beratus2 thn dulu. Ok, lepas tu kami register utk Seabirds & Whale Watching di Old Reykjavik Harbour yg start pada kul 12:00 hari. Ade tour bus pick up kami kat Hotel.
So sampai je kat jeti boat, aku ng Nadiah pun naik dan cari tempt usya yg best. About 45 minutes, bot kami pun smpi ke Watching Spot. Watching spot die senang je kalau nak detect iaitu kalau nampak kelumpuk Seabirds yg
berterbangan di atas permukaan laut tu, ha kat situ lah ade kawanan ikan Paus. Jenis yg ada ialah Humpback dengan Blue Whale. 2 species laut ni berebut makan ikan. Seabirds akan meluncur menjunam ke dalam laut dan terus tangkap ikan pastu timbul di permukaan laut. Mmg pengalaman yg berharga lah dpt tgk ikan paus dekat2. Tp malang betul sbb die org gerak laju, satu gambar pun x dpt amik dgn jelas. Sbb die org gerak laju ialah kerana ocean current pada musim panas ni agak deras so ikan ni kena balancekan badan untuk terus hidup dan bernafas. Kalau mase musim sejuk, air agak tenang so ikan ni akan static dan terapung die permukaan laut utk beberapa minit.
Lepas je habis tour tgk ikan paus, kami pun jalan2 di bandar utk tgk2 bangunan dan jalan2 di tepian pantai di sini. Hotel kami ni terletak dkt je ng laut. Seberang laut tu ade tinggal bentuk gunung berapi kut kalau x silap. Pemandangan die mmg menakjubkan lah. Pastu, kat sini byk museum. Antara yg terkenal ialah Museum Artic dimana hero org Iceland, THORR yg terkenal dengan tukul sakti die tu. Rasenya ade antara korang yg tau kut. Tp x masuk lah hari sbb x sempat kerana aku kena register utk Conference ISTP19 pada pukul 7 pm nanti.
Pastu mase on the way balik kami singgah di Supermarket utk beli brg dapur. Sbb bilik kami jenis Studio Room so ade kitchen siap ng semua peralatan memasak. So kami pun masak2 lah. Lauk nye kari ayam dengan ommelette je. Air plak Soya Bean. Nasi plak jenis Basmathi yg kami jumpa die supermarket kat sini. Pelik betul, jauh2 ke utara ni smpi gak beras basmathi ek…hahaha…Boleh dikatakan hari ni byk gak lah jalan. Esok aku nyer paper presentation pd kul 3:40 ptg di National Science Center, University of Iceland. Pastu aku merdeka lah. Heheh. Then hari selasa kami ade Conference Tour di Geothermal Power Plant. Ia adalah pusat janakuasa utk negara Iceland ni…lawatan sambil belajar…hehe

To be continued again…
Filed under: Uncategorized | 3 Comments »
Posted on August 17, 2008 by chikinkatsudon
Assalamualaikum…
Alhamdulillah aku ng Nadiah selamat tiba di Amsterdam
jam 2 ptg local time. Smpi je terus kami naik shuttle bus ke NH Schiphol Airport Hotel for one night stay sbb our next flight to Reykjavik, Iceland dijadualkan keesokkan harinye. So kami ade 14 hours lah utk lepak2 di tanah Hollad ni. Ni second time aku dtg. Smpi je di hotel kami terus lepak kerana penat naik flight 12 jam dr Kansai Airport di Osaka. Sbb x larat nak cr makan di luar, kami just order Fish & Chips from Room Service aje. It costs about 19.50 euro.
Mahal giler tp terpaksa…Bangun je pagi terus siap2 utk express check out. At the reception desk, after VISA card approved for payment, we went back to the Schiphol Airport and coin-locked our luggage sbb nak jalan2 dekat Amsterdam Central plak. Flight nanti kul 2:00 ptg so kami ade about 5 hours to spent.Then kami beli tiket train ke Amsterdam Central. Amik gambar sket di stesen ni sbb stesen die mmg klasik habis. Mcm castle zaman2 europe dulu aje.
Aku x tau lah nama zaman ape Renessacne ke ape2 ke sbb Sejarah aku B4 aje mase SPM…hahah. Kami breakfast di Plaza Victoria Cafe next to the famous Victoria Hotel. Menu breakfast adalah Smoked Salmon with Omelette served with Toast. Sedap.
Then about 9:30 am we registered for Canal Cruise Boat Tour. The boat cruises along the famous canals within the Amsterdam City. Lebih kurang sejam lah tour die. Paling menarik di Amsterdam ni ialah die punyer radical design and multi-colored buildings. Mmg menarik lah.

Pastu kami terus balik ke Airport amik luggage then check in for the next flight to Iceland. Flight time was about 3 hours. It was raining and windy when we arrived at the Klefvik Airport. So cold. This is the SUMMER time in Iceland!!! but the local temperature was 11 degree Celsius…!!!
Okay lah, to be continued…
Filed under: Uncategorized | 2 Comments »
Posted on July 30, 2008 by chikinkatsudon

Assalamualaikum W.B.T.,
Jeng jeng jeng! Sudah pun masuk bulan Ogos utk tahun 2008 ini. Sekejab sahaja masa berlalu. Apakah pencapaian kita secara individu setakat ini? Sudahkah matlamat atau objektifnya mengjangkau “2nd-half time” atau masih lagi terkapai2 mencari arah hala tujuan? Tepuk dahi tanyalah kepada kepala anda sendiri…Soalan seperti ini sudah tentu ditanyakan kepada diri aku sendiri sebelum aku berani membuat sebarang pertanyaan umum. Bagi aku, suku pertama tahun 2008 adalah satu tempoh yang amat sibuk dan sungguh teruja. Kerana pada ketika ini lah aku mula merancang untuk berkahwin, di mana dalam masa yang sama sibuk ke sana sini memohon untuk mendapatkan biasiswa utk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Kedoktoran. Tidak perlu lah aku mengupas setiap satunye secara terperinci, sekadar cukup utk melepaskan rasa puas setelah semuanya berjaya diharungi dengan baik.
Baru2 ini terdapat satu perdebatan yang boleh dikatakan hangat dikalangan individu di dalam kelasnya yg tersendiri. Ia adalah berkenaan dengan kenaikkan gred gaji pensyarah ke DS51 sekirannya beliau mempunyai kelayakkan PhD. Ini sudah tentu mengundang pelbagai pendapat atau respons positif yg turut ditujah dengan tentangan yg tidak jugak boleh dianggap negatif kerana ia mempunyai sebab tersendiri. Aku sendiri tidak berani utk mengurai lanjut mengenai isu ini kerana sebab2 tertentu. Aku bukanlah seberani pengkritik “anonymous commentor” yg hanya berani mengkritik ttp menyorok identiti sebenar. Jgn terlupa, nikan “personal blog” aku sendiri…
Di Okayama, kebanyakkan warganya sudah pun menapak ke pusingan terakhir peperiksaan semester pertama. Ada yang sudah tidak sabar utk pulang bercuti atau merancang utk berjalan2 seluruh Jepun. Bagi aku, tiada yang berbeza kerana cuti-cuti semester seperti cuti musim panas atau sejuk bukan lagi tiket utk aku melepaskan kerja2 di makmal. Sepanjang tahun adalah waktu berkerja dan sepanjang tahun jugalah waktu bercuti. Aku kini tidak lagi terikat dengan mana2 kelas atau jadual persekolahan. Aku bebas tetapi terkunci di dalam gelanggang buatan aku sendiri.
Insyallah, minggu depan, aku sudah boleh memandu Mercedes Compressor C Class ke jalan raya. Keyakinan aku utk mengharungi situasi trafik sebenar kini bertambah. Aku akui yg aku agak lambat dalam memahirkan teknik pemanduan berbanding org lain pada umur 25 mahu pun lebih muda dr itu. Realitinya aku mmg tidak mempunyai masa yg sesuai. Bukannya aku x boleh memandu secara “illegal” tetapi aku takut…aku takut disaman…
Aku rasa cukup coretan kosong utk kali ini. Doakan lah semoga semua umat Islam khususnya bangsa Melayu kita terhindar dari penyakit masyarakat seperti hasad dengki, cemburu, busuk hati, pemalas, berat tulang, kuat menemplak, suka mengumpat dan lain-lain karektor Melayu kini. Aku ingin sekali mengupas tajuk mengenai Melayu. Melayu dari segi pengamatan aku sendiri. Aku tidak takut utk mengkritik Melayu kerana darah Melayu mengalir dalam pembuluh darah aku sendiri….
Wslm.
Filed under: Uncategorized | No Comments »
Posted on July 28, 2008 by chikinkatsudon
Assalamualaikum W.B.T.,
Huhuh…liatnye rase nak gi sekolah (at the age of 25) setelah seminggu bercuti sambil berkerja di Osaka. Alhamdulillah semuanye berjalan lancar. Abg2 dr Maktab Kerjasama Malaysia pun rasenye happy sakan lah tu berkerja sambil bersuka ria. Heheh, anyway thanks sebab belanja makan hari tu. Insya-allah kalau ade rezeki jumpa di Malaysia kite lepak sama2. So, hari ni lepas pergi kelas memandu selama 2 jam, aku terus ke sekolah. Tgk je atas meja, bermacam2 memo & surat ade. Aku selesaikan satu2, buat R.A punyer monthly claim, hantar summer holiday nye schedule ke Foreign Student Office. Pastu update sket simulation result ke Dr. Kuwagi. Bile die nampak je aku, terus tanye pasal program kite org di Iceland nanti. Paperwork aku nye presentation dijadual pada hari pertama so the rest of the conference days ingat nak full kan dengan aktiviti jalan2. Nak tgk sea whale, tgk geysier or mandi kan Blue Lagoon. Insyallah ni baru plan je.
Kereta Honda Accord kepunyaan wife pun dah siap die punyer “shaken”…kire mcm car inspection lah. So, valid smpi tahun 2010 bulan Ogos. Sebenarnye, ingat nak jual kerete ni sbb aku nak cari kerete kecik sket mcm Honda Fit ke atau Nissan March. Cari yg cute2 sket lah. Heheh. Tp kalau xde buyer, maybe pakai terus jer Accord tu…Xde masalah pun kerete tu cuma nak tukar selera…
Recently, ade org mail aku tanye R.A. tu ape kebendenya…Ok, secara ringkasnye, R.A. ade lah singkatan kepada Research Assistant, tinggi sket lah level die dr Teaching Assistant (T.A.). Jawatan R.A. ni adelah diberikan kepada PhD candidate oleh pihak Universiti dgn bertujuan utk membantu mengurangkan beban kewangan. Misal kate kalau setahun yuran universiti adelah sebanyak JPY 650,000.00 , pihak universiti akan bg gaji ikut hari maximum sebyk JPY 5,000.00 dalam mase setahun dimana dlm mase setahun tu die kasi claim sehingga nilai yg sama byk dgn jumlah yuran tu. Kalau 10 bulan, means setiap bulan dpt lah JPY 65,000.00. Kiter x perlu buat kerja2 khas, just buat project PhD kiter je. So, bg aku lah, Okayama Univ. of Science ni mmg baik lah walaupun die private university. So, kepada sape2 yg berminat utk menyambung pelajaran ke peringkat Graduate School, sy syorkan lah universiti ni. Sebelum chaw, tgk lah gamba di bawah. Diambil dkt rose garden. Ntah nape hyperaktif sgt hr tu, terloncat2 plak. Nak sejukkan badan kut di tgh2 musim panas ni. Suhu pada hr tersebut ialah 36.3 degree celcius.

@ RSK Rose Garden, Okayama, JP
Sekian,…Wslm.
Filed under: Uncategorized | No Comments »
Posted on July 22, 2008 by chikinkatsudon
Assalamualaikum W.B.T.,
So, hari ni bermula lah kerjaya Interpreter aku utk staf Maktab Kerjasama Malaysia, En. Rashidi dan En. Zul. Pagi dlm pukul 10:30 kami bertiga sampai di Itami Workers Corperative. Mula2 kami dibawa berjumpa Presiden nye pastu terus ke Site atau Scenne dimana korperasi Jepun ni buat kerja. Antaranye City`s Landscape punye kerja2 maintanence, building cleaning dan welfare.
Mula2 kami ke taman ni tgk org2 potong pokok. Pastu ade sub-contractor ni mcm peramah, Uncle Tua (bukan nama sebenar) berumur 65 tahun…tp gaya nye kasar2 lah…orang Kansai mmg mcm ni kut. Pastu borak2 lah pasal pokok pastu die pun mcm berseronok borak, buat lawak pastu tanye kami ni jalan2 ke Osaka, malam nanti mahu pompuan x die bertanya…aku cakap eh x perlah kami dtg nak bekerja…pastu die asyik nak ajak enjoy2 aku layan gitu2 je lah. Then, tanye die bape lama dah kerja buat sub-con ni. Dia kate dah 20 tahun. Pastu die tambah, sebelum ni die buat kerja “belasah org pukul orang” sambil tangan die buat action mcm hiris pipis ng pisau…aku tanye lah kerja ape tu…pastu die reply yg die bekas ahli Yakuza (mafia jepun)…aku pun gelak lah..die pun gelak…betul ke ni…pastu die terus buka baju dengan gaya sungguh2 senyum sinis…mmg topless habis…bile die buka je…perghhh! penuh tattoo Yakuza!…real punyer…belakang badan die mmg x nampak kulit dah semuanye lukisan2 lama jepun. bghn dada die mmg ade mcm ade lukisan sayap burung..tangan mmg penuh smpi lengan lah die nye lukisan…aku mmg terkejut giler lah..selama ni aku tgk dlm tv/movie je…hari ni x sangka jumpa ahli Yakuza betul…aku pun rase dah x sedap hati…sbb die tanye mcm2 mlm ni nak gi mane..aku mmg kelentong lah mlm ni nak balik rehat je…x nak aku berhubungan dgn org ni kang silap2 kena bunuh ke tembak ke…jgn main2..ini Yakuza jepun…aku rase die bekas ketua lah sbb perkerja2 kat situ semua hormat die…mybe semua tu ahli Yakuza…bile siang buat kerja amal, malam buat kerja mafia..ade this girl muda gak lah kerja angkat daun2 yg sudah dipotong…pastu Uncle Tua tu pun kate that girl byk tattoo seluruh dada die…huuuuu…x sangka muda lawa mcm tu pun ahli mafia gak…tp yg best nye Uncle Tua tu peramah giler siap kate die nak pergi Malaysia…nanti bawa die pergi jumpa wanita2 Malaysia…aku pun kate ok jer…ye lah x kan aku nak bersyarah kate x leh..kalau org biase aku boleh bg alasan..ini geng mafia yakuza…baik aku amik safeside kate ye je…Habislah cerita pakcik tu. Tp x habis gak, sbb esok jumpa lagi…huhuh…
So lepas tu, kami gi tempat2 penjagaan org tua2 utk lihat mcm mane sistem penjagaan kebersihan. aku pakai smart2 pun die org suruh experience lap lantai. Aku relax je buat sbb dah biase buat tp abg2 berdua tu kekok sket. Heheh…biaselah kat Malaysia org Indonesia ke or Bangladesh. Kalau aku pun x ingin nak buat…
Lepas je habis office hour, kami dibawa jalan2 ke sekitar Kobe…siap naik highway lagi tu sbb pembantu kami Mr. Takagi nak tunjukkan jambatan terpanjang di dunia…terpanjang dr segi ground base die yg hanye mempunyai 2 tiang je sepanjang 1.5 km. Kalau mcm kat Setou Oohashi tu panjang gak tp tiang kaki nye byk singgah kat pulau2 kecil. Nama brigde ni Awajima Brigde or Pearl Brigde. Kalau sesape yg pernah pergi Kobe Outlet Bazaar tu kan kite akan nampak jambatan gantung yg panjang jauh ke tgh laut tu…Ha, jambatan yg tu lah kita org naik, lalu ikut highway…untung2 hari ni dpt naik highway sekali…
Esok lepas office hour, Mr. Takagi nak bawa jln ke Kyoto plak. Tgk temple lah ape lagi. Best jugak jadi interpreter ni tp letih lidah ng sakit leher…paham2 je lah…kadang tu ng abg2 dr Malaysia ni aku ckp jepun pastu ng org jepun aku ckp melayu…inilah terjadi bile dah smpi tahap giler meroyan ckp dua bahasa selama 12 jam straight…heheh..lagipun aku bukan professional interpreter…aku main guna natural skill aje…heheh..Okaylah, nak chaw dulu nak gi massage kat lobby di bawah…agak2 buka lagi ke tak…Ok, Chiow…Wslm…
Filed under: Uncategorized | No Comments »
Posted on July 21, 2008 by chikinkatsudon
Assalamualaikum W.B.T.,
Hari ni hari pertama aku kat Osaka. Petang td lepas check in dgn En. Rashidi ng bos die, kite org lepak lah di bilik masing2. Bilik aku single room dgn sebuah PC/TV. First time masuk hotel yg disediakan PC utk kegunaan internet, office work. Lawa lah dalam die, nak upload gambar bilik tp xde SD card reader plak. Kemudian malamnye, aku bawa mereka berdua jalan2 di Namba, tgk2 bandar Osaka. Nak makan nasi katenya, so aku bawak mereka makan Tendon di sebuah restaurant. Dia org pun penat pastu terus nak balik hotel. Jam dah kul 11:00 malam. Nak tido tp nak kena tulis thesis sket. Hujung bulan ni kena hantar satu jurnal so kena siapkan. Ade lagi 4 page. Pastu masuk bulan 8 kena siapkan presentation slide utk conference di Iceland plak. Huhu busy2. Orang nampak je aku mcm relax sbb aku jenis yg x cerita pasal kerja byk melalui mulut. Kat blog tulis lah. Heheh….Bosan juga lepak sorang2 ni. Tadi Nadiah mesej kate nak datang temankan hari rabu. Best jugak sbb leh ajak die gi Universal Studio Japan lg. Kali terakhir dulu kami gi pada tahun 2005. Okaylah, nanti update lagi…Bye bye…

Filed under: Uncategorized | 3 Comments »
Posted on July 18, 2008 by chikinkatsudon
Assalamualaikum W.B.T.,
Hari ni masuk hari ke-6 aku belajar memandu di Bioka Driving Academy. Tiap2 hari buat Track Lesson so hr ni dah cukup 8 jam belajar bawa kerete, lagi 2 jam je dah boleh amik test lesen Lesson (yg setaraf ng Malaysia [P] tu). Dia xde mcm L kat Malaysia dimana hanya boleh dibawa dlm kawasan sekolah memandu je. Kat sini boleh bawak dah tp dgn syarat ade org sebelah yg mempunyai lesen full lebih 3 tahun. Best belajar kat sekolah memandu jepun ni. Byk bende yg diajar, antaranya dr segi safety confirmation, signal timing etc.
Hari ni punye kelas plak study pasal Japanese Traffic Law. Antaranya, bawa kerete xde lesen. Ini paling bahaya lah. Sbb tu lah aku x pernah bawak kerete kat sini even ni dah tahun ke-6 (since 2003~) aku tinggal di Jepun. X kisah lah org nak kate ape pun nanti kang yg kantoi nye org yg xde lesen.
Tp bile2 pikirkan, rase mcm x berbaloi plak byar mahal2 nak buat lesen tp dpt guna sekejab je kat sini smpi 2011. So, adelah plak terpikir td mcm nak buat Post Doctor kat Okayama ni. Haha, itu pun kalau lepas dpt PhD ler dr Ridai…Kalau x, “Overdoctor course” ler aku….Ingat nak buat kat Ridai, tp maybe jugak di Okadai. X kisah lah mane2 pun kalau ade rezeki dpt scholarship lagi. Lagipun skrg aku xde bond kerja kat mane2 even UTHM sbb aku x guna skolar KPT. Kalau ikutkan polisi Yayasan Pelajaran MARA utk project HELP III ni, die mmg x nak student tajaan die jadi lecturer kalau boleh, die nak suruh buat research je terus menerus ke, R&D dgn GLCs ke…
Hari isnin ni bermula lah Long Stay aku kat Ramada Osaka Hotel selama 7 hari 6 malam. Perghhh, ini adelah duration plg lama aku pernah stay kat Hotel selepas Harrison Hot Springs Hotel, Canada dulu. Actually minggu depan dr 21 hingga 27hb Julai, aku buat part time sbg interpreter kepada Malaysian Govt. punyer staff. 2 org drpnye ade bussiness training ke rasenya. So they need someone who can be their interpreter, transpoter etc…heheh…so, dpt lah duit pocket sket setelah pkai/kering byr duit sekolah memandu…
Jam dah kul 5:30, lagi sejam aku lagi 2 kelas subjek/driving simulation smpi 9:00 mlm. Pastu mlm ni ade solat hajat utk student Okayama yg amik End of Semester`s Exam atau mane2 yg ade hajat tersendiri lah. Mainly utk tujuan exam lah. Heheh. Sorry lah kalau x dpt join. Insyallah semoga kalian semua berjaya. Nasihat aku, jgn lah bergantung tinggi kepada soalan2 lepas sgt, yg penting paham betul sbb tu tujuan sebenar kite dtg jauh2 selain ditanggung perbelanjaan yg tinggi, so kite semua memegang tanggungjawab utk menimba ilmu setelus-telus nye…jgn hanya berjaya bawak pulang kerete best2 tp ketiga-tiga Hukum Newton pun x tau…heheh…jgn silap maksud, bukannye nak tekan kan sgt hukum duniawi (not Mawi world~retarded) tp secara analogi nye, bawak lah ilmu yg berguna tidak kira lah dr pembelajaran langsung dr Universiti ataupun tidak langsung sprti Halaqah/Usrah mingguan.
Sekian, Wassalam…
Filed under: Blogroll | 5 Comments »
Posted on July 14, 2008 by chikinkatsudon
Assalamualaikum W.B.T.,
Perasaan menyampah kat sensei (instructor/lecture) Jepun dah lama hilang setelah insiden memalukan di dalam kelas Dr. Kaneda 4 tahun dulu ketika aku berada di Tahun 2 universiti di Okayama Univ. of Sc…Kini perasaan tersebut datang lagi hari ni iaitu hari ke-2 kelas memandu utk jam ke-4. Utk 3 jam pertama ok je, sensei lain friendly, ajar baik2, ade kesilapan pun relax je suruh buat balik…tp utk jam yg ke-4…mmg mcm sial…aku ulang lagi sekali…mmg mcm sial…silap sikit je for the first time tp marah giler2…xde lah marah jerit2 tp mcm ade attitude yg mcm x friendly…plus dgn cakap bhs jepun yg x jelas bunyi…aku rase lah die ni racist lah, anti-foreigner….bukan semua sensei tp yg satu ni lah…aku tgk muke die pun mcm dia ade masalah peribadi, muke berkerut, pejam mate je…ade sekali mase nak buat left turn aku terpegi jauh sikit ke center line pastu die tekan break, die buka pintu kuat2 side die pastu tunjuk yg aku terlajak beberapa sentimeter…sentimeter jee!!…lepas tu mood aku terus down je tp nasib lah aku jenis yg mcm leh tahan sket, buat x kisah je…dah ler bayar RM7,536.10 utk dapatkan lesen…
Xper2…Insyallah moga-moga kekerasan cara die mengajar akan membuat kan aku ingat semua point2 yg penting ketika memandu. Xdelah nak salahkan die bulat2 sbb aku yg buat silap tp x sepatutnyedie bersikap unfriendly mcm tu kan…
Dan cerita seterusnye adelah berkenaan dgn program camping persatuan Okayama di Uradome Beach. Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yg dirancangkan. Kami sekalian warga Okayama amat gembira dan saling berterima kasih kepada semua2 rakan yg bertindak secara langsungnya menjayakan program ini…chet, bunyi mcm presiden Okayama je tp aku rase Presiden Okayama sendiri iaitu Fahmie pun bermaksud begitu…heheh…just perasaan ahli biase je…
Anyway, Uradome terletak di Tottori Prefecture. Pantai ni menghadap ke Japan Sea iaitu laut di antara Korea Selatan/China dengan Jepun. Bersih dan jernih airnya…Lengan dgn tengkuk mcm biase lah sunburn. Tp kali ni x teruk sgt sbb cahaya matahari x begitu terik. Ok, tu je lah yg dpt sy coretkan. Lepas ni nak kena study sket pasal driving. Wslm…

Bola Baling Pantai by OkayaMalaysians

Uradome Beach

Arief @ Uradome Beach
Filed under: Uncategorized | No Comments »